Monday, August 1, 2011

ber'BBQ sebelum sambut puasa

Kelmarin aku, en.soldier & kengkawan kiteorang.. pergi berjalan ke Port Dickson.. dengar je PD 'apa barang pergi PD'.. memang lah tak ada benda yg menarik sangat. tapi kami plan nak buat BBQ je dekat sana.. memandangkan aku ni memang tidak dibenarkan berjalan jauh.. so pergi yg dekat saja lah.


Acteli aku dengan en.soldier plan nak jenjalan dekat Melaka sebab aku ni tak pernah pergi melaka.. kesian kan.. sedih malaysia T__T.  tapi macam tak best pulak nak pergi melaka berdua je kan.. macam tak happening. so kami tukar plan last minit.. walaupun tak ramai kengkawan kiteorang yg join.. tapi kami tetap melantak macam tak hengat dunia.. kata ko!


Kiteorang bertolak petang. then sempat lah jejaka-jejaka malaya mandi manda sepam dua. sampai pun dah petang memang tak boleh lah nak berendam lama-lama.. tapi yg kesian aku tak dapat nak mandi manda sebab tak bawak baju.. en.soldier pun bukan nak pesan.. habis datang sehelai sepinggang je. damn!



So memandangkan aku sorang je yg tak bawak baju so aku terpaksa lah jadi photografer yg tak berbayar untuk dorang semua ni.. aku siap naik bot lagi petang tu bersiar-siar dekat tengah laut.. yela dorang nak naik benda alah pe tah namanya.. tapi macam drift jugak lah tapi atas laut.. aku lah yg terpaksa ambek gambar dorang. sampai terloncat-loncat lah jugak aku atas bot tu.. tah apa yg aku ambek pun tak tahu. sebab bot tu tak stabil kot.. habis rambut aku kusut masai jadinya.


Ni masa nak naik bot. aku dah pesan tak nak baju basah sangat
tu yg abang-abang pantai ni suruh aku naik pelampung tu then dorang bawak aku kat bot


Hamboi masing-masing muka bukan main suka lagi
sampai je pantai ni semua jadi macam kanak-kanak ribena dah
termasuklah en.soldier aku tu.
dah tak nampak macam soldier.
masa ni dorang tengah get ready



ha hambek! abang yg bawak bot ni dah buat drift kaw kaw
time lap baik punya dia lap
memang dorang yg dekat belakang ni dah melayang-layang jadinya
abg bot ni siap cakap lagi dekat aku
"kalau nak ambek gambar atas bot ni susah sikit..kalau dapat yg cantik tu
dah kira nasib lah tu"
tapi memang betol pun memang tersangatlah susah


Masa ni ada sorang yg jatuh sebab tak tahan sangat ko
extrem wo abang bot ni bawak sampai aku pun melayang-layang atas bot


yg ni pulak lepas aku jadi photografer yg tak dibayar..
sempat jugak la buat 'peace'
sebab kerja dah settle.
nasib baik turun dari bot aku tak muntah
kira aku boleh bawak naik bot lah.


Dah puas berjimba dekat laut siang hari.. perut pun sudah berkeroncong jadi mintak makan lah kan. malam tu kiteorang cari 'port' untuk ber'bbq'.. kiteorg nampak ada 1 group tengah ber'bbq' jugak so kami pun buat lah dekat-dekat situ..



 Masa ni tengah buat bara api.
hero malaya ni masing-masing tengah tunjuk kehebatan hidupkan bara.
nasib baik hidup. kalau tak memang kebulur lah malam tu.

 Dahsyat woo api menjulang-julang tinggi


 too dia!!!dah nampak dah ayam tu
semua drumstick pulak tu.. memang sangat mengiurkan betul lah.


eh en.soldier jadi model ayam panggang lah.




Sementara yg lelakinya tengah dok bakar ayam
kami yg perempuan ni pun tolong lah siapkan apa yg patut.


 sambil tengah tunggu ayam masak sempat lah ambek gambar sepam dua 
siap nyanyi lagi.
nasib baik membe aku ni bawak gitar tak ada lah sunyi sangat kan



Tengah syiookkk bakar ayam tepi pantai tiba-tiba pantai ni jadi meriah semacam. sebab ada satu group lagi datang. ramai jugak group dorang.. korang nak tahu tak group pe yg meriah sangat tu.. kejap eh.?


ni lah group yg aku cakap tadi. mesti kurang jelas kan.. ni lah group separuh perempuan separuh lelaki (mak nyah or pondan) tak sampai hati aku nak cakap sebenarnya. tapi malam tu kami agak terkesima plus cuak plus takut pun ada jugak.  terkesima sebab dorang ramai giler.. ada lah dalam 10 ke 15 orang... takut pulak sebab takut dorang buat maksiat pulak kat kawasan tu tak pasal pasal nanti kalau jabatan agama islam ambush dengan kiteorg sekali kena angkut.. tapi sepanjang malam tu ok je semua. kiteorg tak kacau dorang. dorang pun ok je. tak ada buat kerja kotor pun tapi tak tahu la lepas kiteorg balik tu kan..


Kengkawan aku yg lelaki suka lah dok kacau-kacau mak nyah ni. tapi dorang yg datang kacau-kacau membe-membe aku dulu.. sebab masa tu membe aku tengak syok layan gitar. then dorang datang lepak sekali.. nyanyi-nyanyi lagu yuna lah bagai habis semua suara jantan keluar.. ~lol~ aku dari jauh tergelak-gelak je tak berani nak lepak dengan mak nyah ni sebab dorang bukan suka sangat dekat perempuan tulen kan.


Hamboi kemain lagi suka je muka bila mak nyah tu lepak dengan dorang. nasib baik en.soldier tak join sekali kalau tak mau aku balik kl sendiri jugak karang. aku dah kunci en.soldier malam tu. tak bagi dia lepak dengan mak nyah tu.. kejam kan aku.. lantak lah.. ada aku kesah. yg baju hitam seluar merah ni pun mak nyah jugak. tapi kalau tengok tak macam mak nyah pun sebab hot macam perempuan. dia je lah kot yg 'cantik' yg lain yg hadoo!! member aku sempat ambek gambar dengan mak nyah 'cantik' ni..  tapi tak payah lah letak.. heehehe

Malam yg sangat best tapi kalau lagi ramai lagi best kot.. rugi lah membe aku yg lain tak join.. makanan banyak lebih pulak tu.. kiteorg bagi je kat group mamat yg main gitar tu.. ramai yg berkelah kat situ.. sebelum balik sempat lah ambek gambar dengan en.soldier. 


ok pipi aku yg sangat tembam..
tu yg en.soldier suka cubit pipi aku.
sakit wooo!!!
tka dapat terima hakikat yg aku semakin 'comel' aka gemok T__T


oklah malam yg sangat best sebab en.soldier jarang dapat luangkan masa dengan aku. then kebetulan dia mintak cuti so kiteorg plan la sumthing.. best jugak walaupun ramai yg tak de.. ni 1st time aku pegi bbq dengan en.soldier...



kbai, 
EchaRahman





Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

2 comments:

Siti Amnah said...

seronok yew... semoga korang kekal bahagia :))

echa rahman said...

tq darl..korg pown same..semoga kekal bahagia jgk..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...