echa ONLINE
14 December 2012

Friday, September 30, 2011

en.soldier menduakan aku.?



Gggggrrrrr aku sangat sangat sangat marah sekarang nih. 



Aku marah dekat en.soldier sebab dia menduakan aku (T___T) sampai hati dia khennn!!!



Wah wah wah.. dasatnya dah macam drama petang2 pulak. menggelabah je aku cakap en.soldier menduakan aku lah bagai. dia menduakan aku dengan kerja dia lah. korang jangan salah anggap pulak.



Sepatutnya petang tadi dia kena datang jemput aku balik kerja then dia nak bawak aku pergi makan mekdi. tapi last minit dia mesej cakap tak jadi. sangat sangat sangat kecewa. dah la sememangnya aku tengah rindu tahap maximum punya teruk dekat dia. ok sentappp uollss



Dah lah aku teringin gile nak makan mekdi. kempunan lah aku. gedik!padahal boleh je beli sendirik. tapi aku kan mengade2 nak jugak pergi makan dengan intan payung aku tu. dia cakap kalau sempat kita pergi esuk malam je. aku ulang eh "kalau sempat" kita pergi "esuk malam je".. SEE malam pulak tu.. dapat dating kejap je. tu pun "kalau sempat" lah yer. kalau tak datang lain pulak cerita. 



gggggrrrrrrrrr @#%*!&^



Kan aku dah mencarut comel dekat situ. haha. nasib aku lah dah dia kena pentingkan kerja. nak buat macam mana kan.?sarjan tolong jangan bagi en.soldier saya kerja banyak2 last minit boleh tak.?saya nak dating dengan dia nih. pelissssss!!!(>_<)



Ok kena terima hakikat yg kerja lagi penting dari benda lain.. aku sangat tak suka dengan statement nih. saje nak sedapkan hati sendirik tu yg buat2 suka kannn?!!



Disebabkan aku adalah seorang gf a.k.a bakal tunang yg memahami. so kena terima je lah walaupun pahit ditelan. tapi buat2 manis je lah kann. nak nangis boleh.?tiba2 jadi budak cenggeng pulak.(T____T)



Harap harap esuk dapatlah jumpa en.soldier intan payung aku nih kan. sangat sangat rindu dah nih. awak esuk jangan lah kerja. jom lah dating dengan saya.?haha




okhabis!bai
















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Thursday, September 29, 2011

mood sendu :'(



Aku sememangnya tengah rindu sangat sangat sangat dekat en.soldier. sesambil buat kerja dekat opis tadi, aku dengar lagu feberet aku. bila feel betol2 boleh meleleh jugak lah air mata. tapi takde lah nak keluarkan air mata dekat opis kan.?



Dah lah kiteorang duduk jauh, jarang jumpa pulak tu (tangandidadamatakeatas). eleh sungai besi dengan sentul bukan jauh pun. dalam kl jugak.. eh jauh lah jugak tu, kalau sebelah rumah baru dekat. ye dak.?



So korang yg tengah rindu dengan en.bf korang yg jauh tu try lah layan lagu nih. mesti meraung tak hengat dunia punya maxsimum. kalau dekat karaoke confirm ramai couple yg pilih lagu nih. tapi aku tak pernah karaoke dengan en.soldier. sebab aku kan pemalu. haha






Ezad (Exists) & Eva

Dua Insan 

( Eva: )
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu

( Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Eva: )
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berganti musim
Telah kukatakan padamu oh sayang
( Eva & Ezad: )
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva: )
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepada mu
Kerna dikau cinta padaku

( Ezad: )
Ku persembahkan kepada mu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

( Eva & Ezad: )
Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia oh...
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

( Ezad: )
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Eva & ezad:
Telah kukatakan padamu oh sayang
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

( Eva & Ezad: )
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu wajahmu oh sayang

( Eva & Ezad: )
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadku jauh
Namun hatiku tetap padamu






Waarrrgghhhhh rindu lah dekat en.soldier. (T___T) padahal baru je seminggu tak jumpa dah rindu tahap maximum punya teruk. dah lah dia buzi je minggu nih, rasa diri terabai (T__T)







okhabis!bai
























Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

aku gemok.. korang mampu.?haha



Selamat Pagi Korang :P



Sekarang nih aku tengok banyak pulak orang post dekat wall facebook "saya nak kurus", "nak kurus lah" dan sama waktu dengannya. termasuk lah aku sendirik. keh keh keh



Yg post semua tu badan takde lah 'comel' sangat badan sederhana je tapi memang nampak naik lah. tiap kali aku cakap saya diet. mesti orang akan cakap "kau nak diet apa, badan dah kurus".. sangat lah kuruskan.? rasa macam dah tembam sini, berlapis sana. macam mana orang boleh kata aku kurus. pelik2



buah hati pengarang jantung aku pun cakap badan aku dah naik.?wat de fishhhhh ler.. naik sebab happy katanya.. ke nak sedapkan hati jerr yang.?..ok sentappp


 

Sebab aku rasa aku dah gemuksss adalah bila

: : Bawah dagu nampak dah berlapis. oh tidakkkk!!!aku dah gemukss..

: : Bila try baju tahun lepas dah ketat maksimum punya.. oh tidakkk!!!aku dah gemukss

: : Bila kawan2 tegur "eh echa kau dah gemuk sikit lah"...oh tidakkk!!!aku dah gemukss

: : Bila adik beradik sendirik panggil aku gemok masa dorang wish birthday julai lepas.. "happy birthday budak gemok".. oh tidakkk!!!aku dah gemukkss..

: : Bila tengok gambar tahun lepas nampak slim melim..tengok gambar sekarang.. masyaallah tembamnya aku..hahaha

: : Bila en.bf tegur saya dah gemok.. oh tidakk!!!memang kena penampar jugekk karang..haha

: : Bila timbang jarum menunjukkan ke angka 50kg.. tahun lepas 49 jer..haha sekilo je kot :P



Ok en.gemukks boleh main jauh2 dari hidup saya tak.?saya nak badan cantik macam jennifer lopez.. bukan berlapis2. faham.?haha 



Perot dia slim je. perot aku tak payah cakap lah yer.
keji je aku tengok perut sendirik .haha



Mungkin sebab lepas raya so semua orang melantak tak hengat dunia. lepas tu bila badan dah naik mula lah keluar statement dekat wall yg berbau kecewa, hampa dan duka. haha



 




Bila lah boleh slim balik macam ghini. jalan penyelesaiannya adalah diet plus jogging sekali. so aku tengah berusaha ke arah itu.?korang macam mana pulak.?takkan asik makan je.?tak penat ke.?haha




okhabis!bai.












Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Wednesday, September 28, 2011

wordless wednesday~ tak mari lah





idea tak mari lah macam mana nak hupdate belog (T_T)



kbai!




















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Saturday, September 24, 2011

Engagement Preparation #1~ otak blurr..



Wahhh sangat serabot dah kepala makcik *makcik apakah.?yela lepas je majlis merisik aku settle. aku nak kena buat preparation untuk bertunang pulak. first time nak buat preparation untuk tunang mau jem kepala otak haku nih. tak tahu nak start mana dulu.?dengan warna tema tunang pun tak pikir lagi. jem otakkk!!!



Ok hari tu masa pegi jogging dengan en.soldier, sempat lah jugak bincang dengan dia. nak colour hape.?hantaran nak bape dulang.?barang bile nak beli.?tapi hampeh jer. aku rasa sepanjang bincang mau jugak lah gaduh dulu. sebab en.soldier tak serius. sampai aku terjerit2 jugak lah dekat situ. sebab dia boleh memain lagi. tension makcik.. baru tunang dah tension bagai nak gile. haha





So malas nak pikir sangat. tunggu dah dapat gaji minggu depan baru buat list nak beli apa.?tapi da pikir firstly kena beli benda yg susah buat dulu. beli kain untuk buat baju & beli langsir untuk buat tirai pelamin. ok dua benda ni yg paling susah nak buat setakat nih. 




Sebenarnya excited nak pergi beli barang2 untuk bertunang nih. cepat lah gaji keluar, tak sabar nak shoping nih. haha. nanti ER update later ok. stress mak noks. haha



kbai!















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

'eh budak ni cantik lah'!auww..malunya



Cerita ini agak menjengkelkan. kalau korang nak baca baik sedia kan beg plastik untuk anda memuntahkan nye pon. haha. 




Hari tu time lunch aku nak pegi cuci tangan dekat pantri sebab nak makan lah kan. aku biasa makan dekat meja aku je. tapi sebenarnya tak boleh sebab nanti big bos marah. dia tak kasi makan kat meja sendirik sebab nanti takot terkena wasiat pulak. tapi kami ni degil tahap teruk punya. kami bedal je makan dekat meja. ok sebenarnya bukan tu yg aku nak ceritakan. haha




Ceritanya macam nih aku nak pergi cuci tangan dalam pantri sekali ada sorang akak ni tengah makan. aku haruslah senyum. kenalah tunjuk yg aku ni manis kan. haha.. hampeh. lepas tu tiba2 dia cakap "eh budak nih cantik lah, kakak dia cantik macam dia tak.?" hadoi mak aii kembang haku. hehe *pitam




ni akak aku masa dia kawen tahun lepas.!



Aku pun just senyum je lah. lepas tu blah macam tu je. aku tak tahu plak dorang dok sok sek apa lagi kann.. padahal dah malu letteww.. haha. korang jangan muntah dulu pulak. ada lagi nih. hari tu pun akak tu ada tegur macam tu kat aku. tapi aku tak perasan sangat sebab ingatkan dia saje je. tapi kali ni memang depan orang ramai pulak tu dia cakap. maknanya dia memang jujur lah kan. Thanks kak su sebab cakap saya cantek. saya memang dah tahu saya cantik. (tangandidadamatakeatas) haha




yg baju putih tu lah kak su.
ni gambar masa jamuan raya dekat opis semalam.



Aku suka panggil dia kak su gojes sebab dia still cantek walaupun dah kawen n ada anak sorang.. dia memang baik. lepas tu tak sombong.  ghasak lah. muka macam belacan akak tu cakap cantek.. so korang jangan jeles sangat ok. haha. *sentap mak noks




okhabis!bai.




















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Friday, September 23, 2011

macam haremmm




Selamat Pagi uolls.



Sapa pakai line maxis dekat sini.?angkat tangan..(macam lah aku nampak kannn) ada rasa nak bakar tak maxis tu sebab line dorang semalam macam haremm jer. petang tu ok lagi tapi dah malam sikit dia dah buat hal. dah la malam baru nak feeling2 chinta dengan en.soldier. hampehh jer.




Siap semalam boleh buat gaduh la jugekkk.. tension jer aku.. yela padahal aku dah reply. sat gi sampai pulak mesej yg bunyik macam marah2.. eh bukan aku dah reply ke tadi.. wat de tteettt ler maxis nih.






Ini semua maxis punya hal. bikin panas je memalam, dah la aku tengah gaduh dengan en.soldier semalam. lagi line buat hal, bertambah lagi la panas kan.. nasib baik en.soldier pandai pujuk. sejuk sikit hati. tapi panas dengan maxis je sekarang nih. tak sempat nak i lap u dengan en.soldier semalam. tahu2 je dah oklah mesej esuk je lah. gud nite. bye.. ini semua sebab kiteorg tension maxis macam apa tah.. last2 tidur senang cerita. *sentapp mak noks..




Harap2 hari ni line ok lah. aku dah la tengah rindu rinduan dekat intan payung, pengarang jantung, cinta hati aku nih. haha gedik jer.. ok sekarang situasi dekat opis tengah buzi semua orang tengah siap2 sediakan makanan. sebab opis aku ada open opis hari ni. so kita makan lerr.. bertambah gemukss la aku nih.. korang tunggu next entry aku ok.





okhabis!bai.


 




















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Thursday, September 22, 2011

Secret Admirer..



Korang ada secret admirer tak.?eh eh senyum2 pulak.?kenapa teringat dekat secret admirer ke.?tak payah nak teringat sangat lah yer.?ingat sikit dekat bf/gf korang tu. karang ada jugak yg balik jalan kaki (T_T)




Aku dulu pun penah jadi secret admirer tapi zaman2 sekolah. dia sebaya aku jugak kelas je lain, yg tak tahan dia satu kelas dengan en.soldier tapi masa tu aku tak couple lagi dengan en.soldier. matikkk kalau en.soldier baca nih. *sayang sorry.. haha




Dah nama pun secret admirer dia bukan tahu pun aku suka dia. tapi dak laki ni pun macam poyo sebab perasan bagus plus perasan henshem. tapi biasa lah budak laki memang bajet hensem je. hehe. *sorry guys. Dulu kelas dia sebelah kelas aku je, aku pulak duduk tepi tingkap. memang sesapa yg lalu akan nampak lah muka aku kan. sabor jerr lah. haha





So kalau time dia lalu je.. aku jeling2 sikit.?haha. cuci mata lah katakan. auuwww gatal disitu.. yelah masa tu kan single so cuci mata puas2 lah kan. sapa nak marah masa tu.  aku suka dekat dia sebab dia putih. *hampeh jer. yela masa zaman sekolah kan suka buat list ciri2 lelaki idaman (pelis lah) so ciri2 lelaki idaman aku haruslah putih macam cina gitu. sebab masa sekolah dak kelas aku suka panggil aku amoi. *pitam. korang jangan muntah pulak. haha. so aku pun nak yg putih2 lah. tu lah tuhan dah kata jangan memilih sangat. dulu pilih nak yg putih2 je. tengok sekarang dapat yg macam mana, askar confirm gelap. haha. coiii.... tapi en.soldier takde la gelap sangat kan.? *en.soldier kamu tak hitam cuma gelap sikit. tapi gelap2 tu yg sweet, tu yg buat kita sayang kamu. haha








Dulu masa sekolah kan ada hari yg kita boleh hantar macam penanda buku or coklat then ada kata2 semangat. kira macam present for admire or kawan2 kita lah. tapi aku takde lah se'desprate tu (main bantai je ayat aku ni) sampai nak bagi dekat admire aku tu kan. dah lah buat bazir duit. kalau dapat hasil takpe lah jugak.. hehe. tapi aku penah jugak dapat benda alah tu 2,3 kali. tapi bukan en.soldier bagi. tah sapa tah bagi. kira femes jugak aku kan.? (tangandidadamatakeatas)








Tapi sampai ke sudah dia tak tahu aku suka dia. yg tahu pun geng2 aku je. dorang pun ada secret admire sendirik. sampai lah aku couple dengan intan payung, pengarang jantung & kereta kebal aku tu *keta kebal apakah.? mula2 dia tak tahu aku suka dak laki tu. tapi aku ada cerita dekat dia. dia pun buat cool je lah. padahal dak laki tu satu kelas & kira rapat jugak lah dengan en.soldier. haha. ghasak lah dorang.





Tapi syok macam tu je. takde lah sampai tergile2 ok!pelis lah. tapi sekarang ni aku dah ada secret admire baru.?nak tahu tak sape.?cuba teka.. aku bagi clu eh. dia keja pakai baju celoreng. dah tahu ke.?ye haruslah en.soldier kan.?pengarang jantung,cinta hati, intan payung aku tu. *b jangan nak tersengih2 sangat eh bila baca part nih.. haha




Nasib baik aku couple dengan en.soldier sekarang. kalau dengan dak laki yg aku suka tu. tak tahu lah jadi apa. sebab tengok macam dia dah tak betol sikit sekarang. takutnya. sesuka hati je cakap orang tak betol. coiii... ok sentapp. korang ada secret admire tak dulu.?cerita lah sikit. hehe













"Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,
kerana orang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG"


DAN



"Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG, tapi SAYANGILAH apa yang kita ada"




okhabis!bai















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Wednesday, September 21, 2011

Beraya rumah en.soldier (^_^)


Raya belum habis lagi kan.?so boleh lah cerita pasal raya lagi kan.?



Last week aku pegi raya rumah bakal mak mertua aku a.k.a rumah en.soldier. aku datang 2 kali. first datang dengan family second aku pegi raya rumah makcik dia. lepas tu baru singgah rumah dia. dah mak dia ajak. takkan tak singgah kan.?kejamnya aku. haha



Memang tiap kali raya aku akan raya rumah dia. kiteorang dah kenal 5tahun so dah lima kali ler aku pegi raya rumah dia. last week aku pegi sehari lepas majlis merisik aku. family dia ada buat open house. kira masa tu baru nak 'sah' jadi family la..haha.. perasan sudah.



Biasa lah kalau dekat rumah bakal mak mertua kena lah bersopan dan santun kan.?tak sempat nak ambek gambar uolls. habis tu senonoh sangat ke depan mak mertua dok snap2 gambar. haha. very tak senonoh. mau bakal mak mertua aku pitam.. haha



Masa pegi dengan family aku tu aku ok lagi. takde lah nervous sangat sebab ada mama aku kan. boleh lah dia borak2 dengan mak en.soldier. tapi second time aku pegi. wahhh. terkelu, terkedu, semua terr lah. . tapi nasib baik bakal mak mertua aku tu ok plus sangat sempoi.. lama2 aku boleh biasakan diri. macam2 kiteorang cerita. 



Sebelum ni aku memang tak penah pergi saje2 je rumah en.soldier. kalau datang pun time raya je. tu pun setahun sekali tak pun kalau ada kenduri. tapi jarang lah.



Satu kelemahan aku, aku ni jenis tak reti nak dok borak2 dengan orang tua. aku tak biasa. lagipun aku ni jenis pendiam uolls. (tangandidadamatakeatas). tapi aku kena biasakan la sebab en.soldier ramai sedara mara. so kena belajar dari sekarang. (^_^)



okhabis!bai






















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

wordless wednesday~ hitam kuning go tiger's






Malaysia vs Jepun (^_^")






Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Monday, September 19, 2011

Aaahhhh semputttt


Aaahhhhaaaaa.. sempuutttt.. semenjak dah lama tak jogging ni. sekali jogging boleh semput aku. maklum lah semenjak raya. keje asik makan je sampai tak boleh nak kawal nafsu makan. so badan pun jadi berat. mula2 jogging memang lah laju. lama2 jadi slow. lepas tu langsung tak bergerak langsung.



Hari jumaat lepas en.soldier bawak aku pergi jogging dekat Taman Tasik Perdana. first time kot aku pergi situ. memang gile jakun. ok sentappp.. not bad lah tempat tu kalau nak feeling2 dengan en.bf or gf korang memang sesuai lah. 




gambar tidak memuaskan.
pakai camera fon je. nak bawak dslr melampau lah pulak.
cam ne nak jogging kalau benda alah tu ada.
takkan nak angkut sekali kan.?ye dak.?



Tapi kiteorang suka buat package. dating sambil beriadah kan lagi sweet gitu. sambil2 dating boleh kuruskan badan yg makin tembam ni. haha. bijak tak kami. time tu lah nak mandi peluh sesama. takkan time wangi je nak same2. sekali sekala time busuk2 pe salahnya kan. baru romantik. haha




Aku rasa banyak2 couple kat situ kiteorang je yg bersusah payah lari macam nak mampos. yg lain nama je pakai sport wears tapi jenjalan sambil makan aiskrim.. apa kes.? tak romantik langsung (tangandidadamatakeatas)









Tengok lah kiteorang lari macam mana. dah macam apa tah. tak senonoh kiteorang kan.?tapi kalau aku lumba lari dengan en.soldier memang aku selalu kalah. yela lelaki lagi hebat lari kan.?kalau aku yg hadoo. dah la badan berat. dulu time slim memang aku selalu menang kalau lumba lari dengan dia. 
(tangandidadamatakeatas)



Tapi yg macam seram sikit dekat situ dekat area tempat jogging ada bukit pastu tu hutan tebal. sekali tu aku cakap dekat en.soldier .


Aku: kita jogging dekat sini. takde b*b* hutan ke yang.?karang kalau tengah syok2 jogging tak pasal2 kena sondol plak. (karang satu keja pulak aku nak kena samak.) haha
Dia: mestilah dorang dah pagar atas tu yang. takkan nak pagi binatang tu masuk.




Dah puas lari agak2 macam nak pitam tu kiteorang benti lah kan. karang kalau pitam sapa pulak nak angkat kan.?so kiteorang feeling2 lah macam model. apa lagi snap gambar lah. taman tasik perdana tu memang cantik.. luas pulak tu.  siap kat tasik ada angsa or itik putih dok berenang2. 









See!! model baju sukan boleh lah kan.?tu pun baju sukan yg tak femes. tapi memang tak rugi lah pegi sini. kalau korang nak ambek gambar kawen dekat sini memang pilihan tepat lah. korang nak berguling2 macam stail hindustan tu pun boleh. memang sangat luas. en.soldier dah berangan nak snap gambar kawen dekat sini. *ciss padahal aku yg berangan. saja petik nama en.soldier. haha









Masa ni dah penat lari so relaks tepi tasik sempat lagi ambek gambar. aku memang muka tak senonohnye sebab dah habis mandi peluh. takkan nak pergi jogging pakai lawa2 kan.?comot2 sudah. yg en.soldier ni seksi sangat pulak. pakai seluar pendek bajet seksi lettew. masa ni dia dah cover2 seluar dia. tahu malu sapa suruh pakai.?haha



Dua hari berturut-turut aku pergi jogging. harap2 turun ler sikit. kalau boleh turun banyak lah. boleh slim melim macam dulu. tapi yg tak boleh blah balik je jogging kaki sakit woo. langsung takleh jalan. dasat tak.?ghasak lah nak kurus punya pasal. haha.




okhabis!bai uollss











Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Sunday, September 18, 2011

belog saye dah cantekkkk!!!


Mimpi menjadi kenyataan uolls. selama nih tengok je belog orang cantek2. tapi sekarang aku punya belog dah jadi awesom. ni semua angkara cik ayu yg baek hati sesangat ni.



Tadi ada sorang hamba Allah ni gelak2 kan aku punya belog dia cakap sakit mata tengok aku punya belog. wahhh panas hati pulak kan. tapi bukan panas hati dengan dia punya statement tapi dengan cara dia dok gelak2. 


So dengan rasa patah hati aku pun cuba2 lah edit. tiba2 ayu muncul. dia cakap dia tak puas hati tengok aku punya header sengget. sebab header tu dia yg buatkan untuk aku. so dia pun tawarkan diri nak edit semua bahagian belog aku. gileeee aku tak nak. dah lah baru kena kutuk. aku pun apa lagi terus rentap je la peluang yg ada. ayu pun tak kisah.



So aku bagi lah ayu edit belog aku sementara tunggu tu aku keluar dating dengan en.soldier dulu. sempat lagi tu. dan tadi aku buka je belog terus tersenyum bahagia. sangat comel ok.. memang ayu ni sgt kreatif. kalau aku memang tak mampu plus tak pandai nak edit2 ni bagai.



Yang paling best dia cakap dia edit sebagai tanda hadiah sebab aku telah dicop oleh en.soldier. haha.. ni baru hadiah merisik. nanti tunang & kawen hadiah lain pulak. haha. kan ayu.? memandai je aku.



Tiba2 boleh jadi suka dengan ayu sebab dia sangat baik. mana nak cari orang yg sanggup edit belog kita tanpa ambek bayaran. dan dia pulak tu tawarkan diri. hasilnya memang tidak mengecewakan aku langsung. sangat puas hati uolls.



Neway THANKKK to cik ayu sebab tolong edit belog echa jadi superb cantekkk. dan thanks jugak kepada hamba Allah yg bagi komen membina tadi. sekarang macam mane sakit mate tak tengok belog saye.???. belog saye dah cantekkk ..korang mampu.?haha




"to Encik MOK cepat2 masuk merisik ayu nanti saye ada geng. haha"





okhabis!bai














Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Friday, September 16, 2011

my merisik day's


Sori guys im taken*..ahaks. statement macam mintak penampar je. perasan macam ramai orang dok tergila2 kan ko lah tu. tak lah ramai tapi adalah 2,3 orang. hehe. matikkk aku kalau en.soldier baca ni. haha. sori yang ^_^



entry kali ni aku nak update pasal majlis merisik aku last week. maklum lah sekarang ni buzi sikit. tak sempat nak update lelaju. *bajet macam ada orang baca belog aku. lantak la.. haha



10 september 2011 yg lepas berlangsung majlis merisik aku. tapi secara kecil-kecilan je lah.. first time beb! memang nervous tahap dewa lah. korang tengok je lah muka aku nanti. memang time tu kalau toreh muka aku takkan keluar darah lah. haha.




ni baju yg aku pakai malam tu
colour kuning cair.








Yg ni anak buah aku nama dia Arissa. paling pantang kalau ambek gambar. memang dia dulu posing. dia ni cerdik sikit. dia boleh ambek fon then dia pusingkan macam nak ambek gambar then dia buat bunyik 'klik' sambil mata terkelip2. konon2 dia ambek gambar la tu yg bunyik macam tu. kelakar lah dak kecik ni. haha. nanti auntie ambek gambar arissa lagi k.. dan dia jugak lah orang balik sebok malam tu. bukan sebok layan orang. tapi sebok ke hulu ke hilir.





Ni pun anak buah aku. sebok dok main gitar ayah aku. ayah aku memang suka kumpul gitar, bass, viola, & drum pun dia ada. cuma 'bonggo' je dia takde lagi. haha. 





Ni sebahagian family aku yg ada. memang tak rancang pun nak jemput orang sebab majlis kecik just untuk family. tapi alang2 dorang nak datang raya.. panggil je lah sekali kan.?



Rombangan keluarga dia sudah sampai. time nih aku memang dah cuak. haha.. tak ramai jugak. mak ayah dia dengan pakcik makcik dia je.. takot ramai2 tak muat pulak rumah.






masa ni tengah dok bincang2 lagi



Jeng..jeng..jeng cincin dah keluar.
dah nak dekat tu. haha
nervous mak noks. haha




Masa ni aku kena panggil pergi depan. sebab nak sarung cincin.  dari belakang lagi dah nervous. tapi terpaksa lah buat muka cool je. tengok tu aku dok senggeh je.. haha. *dah macam kerang busuk pulak. sentappp mak




todiaaa dah sarung cincin. (^_^)




Alhamdulillah selamat. sekarang aku dah 'dibooking' oleh en.soldier kepada sesapa yg nak masuk jarum tu. sila2 lah pikir berkali2 k. *sentappp. cish macam lah ada orang yg nak masuk jarum kan.?perasan disitu.. yeay saya ada bakal mak mertua plus mak baru. korang mampuu.?hahah



Yg ni kakak aku dia dah kawen tahun lepas. tapi sibok dok inteprem tunjuk cincin jugak . woi dah basi lah.?haha. keji kan aku.?



Sape yg tengah makan nih.?ni lah intan payung, cinta hati, pengarang jantung,  dan senapang m16 saya. *apakah..?wahhh banyak bebenor panggilan dia. haha. masa nih dia datang lepas majlis. sebab dia nak terus balik kem. dia dah kenyang. tapi kena paksa makan dengan my mum. kesian.. haha.. dah settle terus kenyang. padahal sebelum tu sibuk mesej kita suruh simpankan makanan. poyo lah kamu syg!!!





Tiba2 ada bunga pulak kan. tak memasal je. ni sebenarnya en.soldier yg bagi . dia nak buat suprise katanya. tapi bukan dia yg bagi. dia suruh adik dia yg past kat aku. segan pulak aku. haha. nasib baik dapat bakal mak mertua yg ok.




Dan akhir sekali aku punya cincin.





ok selesai sudah.!syukur alhamdulillah. so sekarang tunggu next majlis pulak. majlis pertunangan aku. aku tak sangka dah 'berpunya' rupanya. aku ingat single lagi.. haha. sentappp en.soldier baca. hopefully majlis tunang aku berjalan lancar. dan harap2 aku pun ok lah. apa-kena-mengena-tah. korang doa2kan lah yer untuk kami. tu yg aku sayang korang lebih nih!!!dan jangan lupa tunggu entry pasai majlis tunang aku nanti yer. 




hatiberbungabahagia(^_^)






okhabis!bai!















Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Thursday, September 15, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan yg ke 54

Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 54 & Happy besday Malaysiaaa!!! 



Wah patriotiknya aku. hahahaa




Aku teringat masa zaman kecik hingusan dulu. mama dengan papa suka bawak pergi tengok perarakkan dekat Dataran Merdeka. siap bawak tikar dengan bekal lagi. korang mampuu.?haha. memang tiap tahun tak penah miss lah. kalau miss je kiteorang akan marah. Haippp.. hahaha




Masa tu memang eksaited nak tengok kereta berhiasa yg bergerak tuh. nanti nampak lah labah2 lah, lebah lah atas tu tengah dok lambai. haha. sangat comel. kiteorang pun dok lambai2 bendera jugak. SEE!!! korang mampu. semangat patriotik tau aku dulu. haha.




Tapi semenjak dah besar2 ni memang tak pernah pegi. nampak sangat tak berjiwa merdeka .haha.  Aku pun tak tahu tah ada lagi ke tak kereta berhiasa yg bergerak tuh. kalau ada pun mesti dah takde serangga yg comel2 tu kan. mesti ada KLCC dok terpacak dekat atas kereta tu.. hambek kau.!!haha




Tapi tahun ni aku eksaited nak tengok balik tapi kalau nak pergi Dataran Merdeka sensorang memang aku tak mampu lah kan. nanti kena ngorat pulak . (tangandidadamatakeatas)*sentappp abg soldier saya karang. hahaha.. tahun ni tengok dekat tb je lah. eksaited sebab nak tengok abg2 askar berkawad. boleh lah jugak hilangkan rindu dekat en.soldier kan.?*motip sebenarnya mana tahu tiba2 muka en.soldier keluar tb. boleh lah tengok. hahaha. keji kan aku.




Semenjak dapat bf askar ni. semangat nk tengok kawad ni mencanak2. tiba2 jadi suka pulak sebab suka tengok dorang kawad tersusun je. cuba time korang sekolah dulu. dorang kawad. masyallah.. berterabor. lari key.. hahaha.




Harap2 esuk dapat lah bangun pagi dengan jayanya. haha. apa pulak pengalaman menyambut hari merdeka korang.?stori lah sikit.





okhabis!bai!













Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...