Friday, May 27, 2011

Himpunan Sejuta Belia at Putrajaya

Attention uolls!!!!!!! apalah yg kecoh sangat ni kan.? jadi kepochi kejap...sebenarnye ER just nak bagitahu hujung miggu ni ada event Himpunan Sejuta Belia dekat putrajaya untuk belia tapi xkesah bukan belia pun boleh join.. hari ni pun dah start.. sampai hari ahad ni.. dorang cakap macam2 ada dekat sana.. so kalau xde buat pape kat rumah tu..boleh lah pergi putrajaya..cuci-cuci mata ke.?HUHHUHUHUH....ye dak.?




Kalau jalan2 tu then terjumpa pulak mamat hensem ni. buat tak nampak je ok.?HEHEHEHEHE.. Sebab nanti dia pun ada kat sane... mesti ada yg tak tahu ni sape kan.? hah ni lah abang ER.. apa macam hensem tak.? wah perasan ni..




Oklah berhenti berangan.. so kalau free jom la kita mencuci mata dan kepala otak.. mana tahu boleh shoping ke kan.?thanx sebab sudi baca entry ER kali ni.. sayannnnggggg korunk!!!
DDDDDDDDDDAAAAAAAAAAA korunk.!!!

EchaRahman.
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Tuesday, May 24, 2011

sampai syurga


ER nak cerita tapi kali ni versi jiwang sikit..hehehehehe.. eh bukan kau memang jiwang ke.?biau ler ada aku kesah.?ok2 back to de stori..

Hari ahad tu kan ada konsert mentor.. so tengah2 layan sambil tangan menaip mesej.. sebab tengah mesej dengan my soldier masa tu.. time tu pulak iqa tengah perform dengan fiq.. sebenarnya kurang minat dengan iqa.. tapi layan je lah sebab lagu yg dorang nyanyi tu best.. lagu FAIZAL TAHIR lah katakan.. FT saya salah sorang peminat fanatik awk tau.. cececeh macam lah FT dengar kan.?

Ok2 then tiba2 my soldier mesej "yang bestkan lagu ni".. ER pun pelik seketika sebab dia tak bape minat lagu FT ni. tapi tetiba dia cakap macam tu. mau terkesima aku...then ER tanya lah "kenapa awk nak tujukan lagu tu kat saya ke.?".. nak tahu x dia cakap ape.. hampeh je jawapan.. "tak lah saya cakap lagu tu best je".. eleh tapi sebenarnya awk nak tujukan lagu tu kat saya kan.? sebab awk nak suruh saya tunggu awk.. macam yg iqa & fiq berlakon tu kan.. kalau sapa ingat malam tu kan iqa & fiq ada buat drama sikit.. konon2 fiq tu soldier then iqa tu orang biasa kot.. pastu fiq pergi berperang then terkorban dlm perang tu.. kira macam gitu la kot.. tapi memang maksud lagu tu mendalam.. tapi harap2 kisah cinta kami tidak lah sebegitu yer..

Tak kesah lah lagu ni dah lama ke.. tapi yg penting my soldier tujukan dekat saye.. oh xsangaka awk sesweettttt itu!!! HEHEHEHEHEHE.. Actually dia tak kasi ER post pasal ni. segan lah tu kan.?ok jom kita layan lagu sampai syurga ni.. tiba2 kan dengar lagu ni teringat my soldier..ni yg buat saya bertambah2 sayang awk ni.. wah gediks sudah..huhuhuhuhuh..





SAMPAI SYURGA

FAIZAL TAHIR

ku membenarkan jiwaku tuk mencintaimu
ku persembahkan hidupku tuk bersama kamu
dan diriku untuk kamu
belum pernah kumerasai begitu
semua itu telah berlalu harapanku palsu
dan mungkin hari yang satu terus ku tertunggu
di hatiku masih kamu
belum pernah ku ingin terus memburu

*aku lemah tanpa kamu
ku inginmu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu

#
sampai syurga kumenunggu
sampai syurga ku cinta mu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku tuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku tuk tatapan kamu
bersamamu harapanku
hilang dalam terang yang membutakanku

dan segala yang ku ada
ku berikan semua tuk dirimu saja
kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
biar sampai syurga aku menunggu cinta darimu
agar ku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik tuk diriku
hanya satu


oklah layan lagu ni sampai lebam k.. DDDDDAAAAAA korunk!!!

EchaRahman.


Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

purata ramai wanita berkerjaya lambat kawen.?OMG!!!

ER dengar isu ni dekat HOT fm pagi ni... nampaknya isu ni sangat sensitif ok! tapi memang betul pun. ramai wanita yg berumur 30 keatas tak kawin2 lagi. tapi banyak jugak faktor2 yg mendorong dorang tak nak kawen..WAH! ayat ER dah macam karangan lah pulak..macam ni lah ayat kalau result spm A1.. skema je...HEHEHEHEHEHE..

Antara faktor ialah:-

* tak jumpa calon yg sesuai lah konon.. padahal memilih uollsss..yg ni ramai ER jumpa.
* belajar tak habis2..macam mana nak kawen..
*trauma dengan lelaki. sebab lelaki suka mempermainkan perasan perempuan.. betol jugak..
*trauma sebab masa bercinta asik kena dera dengan bf.. kejamnya.. memang patut pompuan tu tinggalkan lelaki macam tu.
*ibu or ayah memilih.. macam ni pun susah jugak.. tapi pape pun ibu memang nak jodoh yg terbaik untuk anak dorang kan
*jawapan ni memang selalu aku dengar.. jodoh xade..klise dowh..


jawapan lain korang pikir lah sendiri ok! tapi xkesah lah sebab jodoh semua bukan kita yg tentukan. buatnya pilih yg macam ni.. sekali dapat yg macam ni. hampeh...oklah setakat ni je lah ER membebel. lapar lah.. nak pergi melantak dulu.. selamat melantak uollsss...
DDDDAAAAAA korunk!!!!

p/s : isu diatas tiada kena mengena dengan mana2 wanita. jangan ada yg terasa pulak yer..harap maaf.

EchaRahman@ ER
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Wednesday, May 18, 2011

KONGSI~ Lu Langsi Lu Mati



ER dah pergi tengok movie KONGSI. mula2 excited lah sebab ada HERO MALAYA uolls. sape lagi kalau bukan SHAHEIZY SAM. tapi lepas tengok agak kecewa. sebab cerita tu agak kurang menyentap jiwa. macam borink pon yer jugak. Tah lah rasa macam ada yg kurang.. firstly cara sam cakap dalam bahasa kelantan macam xkena. lepas tu jalan cerita macam borink sikit. part last sekali yg time dorang drift. gambar xbape lawa. and camera tersangat2 lah serabut sebab gambar nampak macam goyang lebih. lagi best cerita fast5. Tapi cerita hollywood memang real berbanding cerita orang melayu..HUHUHUHU..tapi ada jugak babak yg kelakar..

Cerita KONGSI ni ER bagi 3 bintang je lah. kepada uolls yg nak pergi tengok tu harap2 enjoy lah walaupun yang hado..HEHEHEHE...oklah cakap banyak pun xguna..pergi lah tengok sendiri ok!!!DDDDDDAAAA korunk!!!!

EchaRahman=)
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Monday, May 16, 2011

menjadi-jadi


Seram sejuk ER dengar kes simbah asid sekarang ni yg tengah hangat dekat malaysia.. lebih2 lagi area KL.. Baru2 ni ada kes yg terbaru. kali ni kena dekat wanita yg naik kereta pulak. kalau tak sebelum ni mangsanya adalah wanita2 yg jalan kaki. tapi nasib baik yg kes baru ni bukan kena simbah asid. cuma cecair yg boleh menyebabkan kulit gatal.


Semalam baca paper. ada jugak kes simbah asid satu baldi pulak tu. yg kali ni bukan dekat area KL & kes cemburu la kot. kesian lelaki tu. koma sekarang. Asid tu dorang boleh buat maen2 pulak. Bagus jugak Datuk Seri Sharizat Abd Jalil buat satu cadangan pembelian & penyimpanan asid haruslah direkod. bagi memudahkan pembelinya dikesan.. menjadi-jadi pulak kes simbah asid ni. takutnya...


So kepada anda wanita2 idaman malaya sekalian anda diingatkan haruslah sentiasa berhati2 ok!kalau jalan kaki tu jangan lah melenggang kangkung aje. tengok2 jugak kawasan sekeliling. & bagi yg naik kereta tu jangan buka tingkap leluas ok & jgn lupa lock kereta tu..ER sayang korunk semua!!!



ni gambar orang yg simbah asid tu.
tak de keje betul orang ni.
tapi ia sekadar gambaran kasar aje.


oklah DDDDDDDDAAAAAAA korunk!

EchaRahman.

Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Sunday, May 15, 2011

dulu orang suka, kita pulak tak suka


Tu lah dulu masa ada orang suka kat kita, kita pulak tak suka orang tu..sebab bukan 'taste' kita...bila kita suka kat orang lain, orang lain tu pulak xsuka kat kita..(korang faham tak ape ER cakap). tu namanya memilih.. tengok sekarang dah tak de orang nak.. kan dah macam perigi cari timba..terhegeh-hegeh.

OPSSS!!!diatas bukan statement saya ok..just teringat dekat member yg ada pengalaman macam tu.. kesian dekat orang yg suka dia & kesian jugak dekat dia.. sebab orang yg dia suka tak suka dia pulak..tapi tulah tak patut jugak dia buat dekat orang yg suka kat dia dulu tu.. kan dah kena balik dekat dia..

ER pernah dengar orang kata jangan tinggalkan orang yg suka kita untuk orang yg kita suka..sebab nanti orang yg kita suka akan tinggalkan kita untuk orang yg mereka sayang.. lebih kurang macam ni lah.. kira macam "what u give, u get back"....

Tapi tah la.. better kita terima orang yg sayang kita.. dari kita kapel dengan orang yg kita sayang.. sebab takut orang yg kita sayang tu akan mempermainkan perasaan kita aje.. tapi cinta tu kan buta.. bila dah kena baru nak beringat.. tapi jodoh Allah yg tentukan..

oklah dah penat berpotpet ni.. jumpa lagi nanti...DDDDAAAAAA korunk!!!!muahmuah!!!

EchaRahman=P











Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Wednesday, May 11, 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM HAWA!!!


Perhatian kepada semua kaum hawa anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada diluar rumah. sebab sekarang ada kes simbah asid kepada kaum wanita. kebanyakan mangsanya adalah wanita. motifnya masih tidak diketahui.

Dari keratan akhbar metro.

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.
Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. “Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.

“Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai,” katanya.


Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini.

Dan yg terbaru mereka berada di kawasan Masjid Jamek.!!!! OMG...dekat dengan area opis ER lah..alamak takutnya..so mulai sekarang kena berhati-hati. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan dengan cepat..kepada anda juga berhati-hati. dan jangan berjalan seorang diri...ER sayang anda semua!!!

EchaRahman..

Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Tuesday, May 10, 2011

Tanda-tanda lelaki betul-betul sayang pada seseorang perempuan





Hai semua!!!!
Bertemu lagi bersama cik ER dalam rancangan rahsia is secret..kali  ni cik ER nak share rahsia lelaki bila dia betul2 sayang pada seseorang perempuan..sebenarnya cik ER pun nak tahu jugak. Yelah bukan senang kita nak tengok another site yg sangat sweet yg ada pada lelaki ni..

Antara tanda-tanda bila lelaki betul-betul sayang seseorang perempuan:-
  • Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana paksa.
  • Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya.
  • Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  • Dia tidak suka  ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
  • Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya.
  • Dia suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  • Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
  • Dia menjadi orang yg paling rajin dan sanggup melakukan apa saja untuk kekasihnya.
  • Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
  • Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
  • Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
  • Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu untuk kekasihnya.
  • Jika dia ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
  • Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
  • Dia menganggap kekasihnya sebagai orang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
  • Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bermakna hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
  • Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita.


Rupa-rupanya banyak rahsia lelaki yg kita tak tahu kan.?so kepada anda yg mempunyai boypren2..jangan sesekali mempermainkan perasan lelaki kerana kadang2 hati mereka boleh menjadi lembut & boleh menjadi tersangatlah sweet uollsss...HHUHHUHU...

oklah sampai disini saje lah segmen rahsia is secret bersama cik ER..jumpa uolls next episod ok.!

p/s: diatas hanya lah untuk dikongsi semata2..tiada kena mengena dengan mana2 lelaki..

*EchaRahman

Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

lapar -_____-


Laparnya.!!-___-..muka dah macam ape tah. sebab menahan lapar. padahal bekfest tadi dah balun kuih and roti.. tapi kul 11 je dah mula kebulur.. nampak sangat ER ni memang kuat makan kan.?selera dah macam ulor sawa..

Orang kata ER xgemuk..tapi tu hanya kepada yg jarang jumpa ER..yg selalu jumpa ER macam family, my soldier and opis mate..memang hari2 lah jumpa kan.?dorang semua kata ER dah gemuk, pipi dah tembam lah. perut dah buncit lah..bla bla bla....OMG!!!!

Nampak gayanya kena ambil tindakan untuk kuruskan badan.. salah satunya ER pergi jogging. sebab sebelum ni dah try kurangkan makan tapi bertahan 2minggu je...hehehehehehe...so kena usaha lebih lah untuk kurus. ER pasti boleh. WAH!!! beriye je ER ni...xpe2 usaha tangga kejayaan..

oklah berpotpet banyak pun xguna. sebab tetap belum boleh makan lagi. lagi banyak membebel lagi lapar...HEHEHEHEHE..baik diam & buat kerja..thanx sebab sudi baca entry ER kali ni.. macam biasa lah..sayang korunk!!!!

DDDDDDDAAAAAA korunk
EchaRahman



Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Monday, May 9, 2011

kenyang sudah


Update laju2..saje je update time tengah lunch ni.. sebab jarang sebenarnye ER update time lunch. sebab xsempat. baru lepas makan ni. makan rendang ayam hari ni. k.dian baik hati telah meng'sponser rendang ayam. giler sedap tapi kalau pedas lagi terangkat..HEHEHEHE...

Malam nanti ER nak pergi dinner with family.. nak sambut hari ibu...makan lagi.. nafsu makan semakin membuak-buak. bukan hari tu nak diet ke.?HEHEHEHE..kecundang juga akhirnya impian untuk kurus..xpelah pelan2 kayuh.. nanti kalau dah kurus ER bagitahu ok.?HUHUHU...berangan je lebih..

oklah ER nak sambung kerja balik. thanx sebab sudi baca entry ni..sayang korunk!!!muah!!!!
DAAAAAAA korunk!!!!

EchaRahman =P



Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Sunday, May 8, 2011

Selamat Hari Ibu MAMA!!!



Sempena Hari Ibu ni ER nak ucapkan SELAMAT HARI IBU kepada mama ER.. Terima Kasih diatas segala kasih sayang yg mama curahkan kepada kami, pengorbanan mama dari kami kecil hingga dewasa &   terima kasih kerana menjaga kami. Kami panjangkan doa agar mama dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki, dirahmati sepanjang hidupmu dunia & akhirat. Kami sayang mama sangat2. Sememangnya mama adalah insan yg paling berharga bagi kami. 

Mama saya dengan abang xnakal kan cuma malas je...kakak dengan ejat yg degilkan..HEHEHEHE


Insan yg paling berharga dalam hidup kami
PAPA & MAMA

Dan kepada seluruh IBU di dunia dan juga ibu2 muda yg pertama kali menjadi ibu. ER ucapkan selamat hari ibu. Dan juga kepada bakal ibu mertuaku makcik Rusiah bt Ahmat selamat hari ibu saya sayang anak makcik..heheheheheheheh...

Lagu ini ditujukan khas untuk mama saya yg tersayang Pn Yurniati Binti Bulkhia. Kaulah Segalanya bagi kami.



KAULAH SEGALANYA

RUTH SAHANAYA

Mungkin hanya Tuhan
Yang tahu segalanya
Apa yang ku inginkan
Di saat-saat ini

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kau tak 'kan percaya
Kau selalu di hati
Haruskah ku menangis
Untuk mengatakan yang sesungguhnya

( korus )
Kaulah segalanya bagi ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang

Kaulah segalanya untuk ku
Kaulah curahan hati ini
Tak mungkin ku melupakan mu
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang
Tiada lagi yang ku harap
Hanya kau seorang


p/s : Hargailah ibu anda selagi dia masih ada

~EchaRahman~




Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

kepenatan melanda setelah bakar lemak

Setelah sekian lama lemak2 yg berada dibadan ku menikmati hari2 yg indah & bermaharajalela. Tadi adalah saat yg paling menakutkan bagi mereka. setelah aku mendapat petunjuk untuk pergi berjogging. HAHAHAHAHAH. ayat macam mintak penampar empatpulohkali je.

Fuh!!! boleh tahan jugak penangan jogging ni kan. Sebenarnya dah lama ER xpergi jogging. so bila pergi tadi. balik je badan sakit2..HEHEHEHE... nampak sangat memang ER malas bersenam kan.?tu pun sebab my soldier yg paksa pergi jogging.. kalau x yg hado.. membuta je lah jawabnye..Tapi bila jogging tadi badan rasa ringan & segar. yelah sebab dapat hirup udara segar pepagi..

So kami berjanji akan pergi jogging tiap minggu. itu pun kalau xada hal lah. Asyik menternak lemak je. sekali sekala kena jugak bakar lemak kan. baru badan sihat..HEHEHEHEHE..cakap macam pakar kesihatan je..
and baru badan cantik kan.?

oklah.. badan still sengal2 ni. esuk bangun tidur confirm badan lenguh2..nasib2..kepada awak incik soldier thanx sebab bawak saya pergi jogging..HEHEHEHEHE
DAAAAAAAA korunk!!!!

EchaRahman
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Friday, May 6, 2011

ER bakal ditinggalkan.?



ER bakal ditinggalkan.?jeng..jeng..jeng.(saja bagi suspen sikit)..kena tinggal dengan sape pulak ni.?of course la kena tinggal dengan my soldier..Kenapa.?Adakah anda berdua dah tidak sehaluan lagi.?atau ada yg curang.?opssss...jangan cakap lebih2..nanti masin pulak mulut tu.

Actually kami berdua ok2 aje lah. dia sebenarnya ada kerja nun di utara. seminggu je. tak adalah lama sangat. tapi jauh tu kalau setakat sg besi. tak lah terasa sangat. Tapi awak balik nanti jangan lupa beli ole2 untuk saya ok.?hehehehehehe..confirm dia bising kalau baca ni. mesti nanti dia cakap.."awak ingat saya pegi jenjalan ke syg".?Dan saye pun jawab.." xla..of course lah awak pegi kerja kan"hehehehe

oklah incik soldier nanti bila kat sana jage diri ok..jangan noty2 tau..ingat saye selalu..=)

love you b!!!


DDDDAAAAA!!!!!!
EchaRahman



Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Thursday, May 5, 2011

Nur Kasih The Movie~Filem Wajib Tonton


Hai uollss!!!
siapa tengok drama Nur Kasih dulu tu. yg ada 9juta penonton tu.
sekarang dah keluar movie pulak
sebenarnya masa drama tu keluar ER xtengok langsung..kalau ada pun.
sekali dua round je.
tu pun xfaham cerita macam mana sebab tengok pun half dari cerita tu.
tahu2 je dah abis.hehehehehe

Hari tu ada tengok trailer Nur Kasih The Movie ni.
macam best sebab sedih. macam boleh berair mata tengok.
tapi kalau tiba2 nak tengok takut nanti xfaham cerita pulak.
sebab kalau xsilap cerita tu sambungan dari yg drama tu.
Nak ajak my soldier pegi. tapi confirm dan pasti dia xnak
sebab dia bukan lah seorang yg suka layan cerita yg mengeluarkan air mata ni.
xpela layan je lah gambar2 dari cerita Nur Kasih The Movie.












oklah malas nak taip panjang2..hehehehe
DDDDAAAAA korunk!!!
EchaRahman




Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...