Korang ada secret admirer tak.?eh eh senyum2 pulak.?kenapa teringat dekat secret admirer ke.?tak payah nak teringat sangat lah yer.?ingat sikit dekat bf/gf korang tu. karang ada jugak yg balik jalan kaki (T_T)
Aku dulu pun penah jadi secret admirer tapi zaman2 sekolah. dia sebaya aku jugak kelas je lain, yg tak tahan dia satu kelas dengan en.soldier tapi masa tu aku tak couple lagi dengan en.soldier. matikkk kalau en.soldier baca nih. *sayang sorry.. haha
Dah nama pun secret admirer dia bukan tahu pun aku suka dia. tapi dak laki ni pun macam poyo sebab perasan bagus plus perasan henshem. tapi biasa lah budak laki memang bajet hensem je. hehe. *sorry guys. Dulu kelas dia sebelah kelas aku je, aku pulak duduk tepi tingkap. memang sesapa yg lalu akan nampak lah muka aku kan. sabor jerr lah. haha
So kalau time dia lalu je.. aku jeling2 sikit.?haha. cuci mata lah katakan. auuwww gatal disitu.. yelah masa tu kan single so cuci mata puas2 lah kan. sapa nak marah masa tu. aku suka dekat dia sebab dia putih. *hampeh jer. yela masa zaman sekolah kan suka buat list ciri2 lelaki idaman (pelis lah) so ciri2 lelaki idaman aku haruslah putih macam cina gitu. sebab masa sekolah dak kelas aku suka panggil aku amoi. *pitam. korang jangan muntah pulak. haha. so aku pun nak yg putih2 lah. tu lah tuhan dah kata jangan memilih sangat. dulu pilih nak yg putih2 je. tengok sekarang dapat yg macam mana, askar confirm gelap. haha. coiii.... tapi en.soldier takde la gelap sangat kan.? *en.soldier kamu tak hitam cuma gelap sikit. tapi gelap2 tu yg sweet, tu yg buat kita sayang kamu. haha
Dulu masa sekolah kan ada hari yg kita boleh hantar macam penanda buku or coklat then ada kata2 semangat. kira macam present for admire or kawan2 kita lah. tapi aku takde lah se'desprate tu (main bantai je ayat aku ni) sampai nak bagi dekat admire aku tu kan. dah lah buat bazir duit. kalau dapat hasil takpe lah jugak.. hehe. tapi aku penah jugak dapat benda alah tu 2,3 kali. tapi bukan en.soldier bagi. tah sapa tah bagi. kira femes jugak aku kan.? (tangandidadamatakeatas)
Tapi sampai ke sudah dia tak tahu aku suka dia. yg tahu pun geng2 aku je. dorang pun ada secret admire sendirik. sampai lah aku couple dengan intan payung, pengarang jantung & kereta kebal aku tu *keta kebal apakah.? mula2 dia tak tahu aku suka dak laki tu. tapi aku ada cerita dekat dia. dia pun buat cool je lah. padahal dak laki tu satu kelas & kira rapat jugak lah dengan en.soldier. haha. ghasak lah dorang.
Tapi syok macam tu je. takde lah sampai tergile2 ok!pelis lah. tapi sekarang ni aku dah ada secret admire baru.?nak tahu tak sape.?cuba teka.. aku bagi clu eh. dia keja pakai baju celoreng. dah tahu ke.?ye haruslah en.soldier kan.?pengarang jantung,cinta hati, intan payung aku tu. *b jangan nak tersengih2 sangat eh bila baca part nih.. haha
Nasib baik aku couple dengan en.soldier sekarang. kalau dengan dak laki yg aku suka tu. tak tahu lah jadi apa. sebab tengok macam dia dah tak betol sikit sekarang. takutnya. sesuka hati je cakap orang tak betol. coiii... ok sentapp. korang ada secret admire tak dulu.?cerita lah sikit. hehe
"Jangan tinggalkan orang yang kita SAYANG untuk orang yang kita SUKA,kerana orang kita SUKA akan tinggalkan kita untuk orang yang mereka SAYANG"
DAN
"Jangan cuba dapatkan apa yang kita SAYANG, tapi SAYANGILAH apa yang kita ada"
okhabis!bai
0 comments:
Post a Comment