Aaahhhhaaaaa.. sempuutttt.. semenjak dah lama tak jogging ni. sekali jogging boleh semput aku. maklum lah semenjak raya. keje asik makan je sampai tak boleh nak kawal nafsu makan. so badan pun jadi berat. mula2 jogging memang lah laju. lama2 jadi slow. lepas tu langsung tak bergerak langsung.
Hari jumaat lepas en.soldier bawak aku pergi jogging dekat Taman Tasik Perdana. first time kot aku pergi situ. memang gile jakun. ok sentappp.. not bad lah tempat tu kalau nak feeling2 dengan en.bf or gf korang memang sesuai lah.
gambar tidak memuaskan.
pakai camera fon je. nak bawak dslr melampau lah pulak.
cam ne nak jogging kalau benda alah tu ada.
takkan nak angkut sekali kan.?ye dak.?
Tapi kiteorang suka buat package. dating sambil beriadah kan lagi sweet gitu. sambil2 dating boleh kuruskan badan yg makin tembam ni. haha. bijak tak kami. time tu lah nak mandi peluh sesama. takkan time wangi je nak same2. sekali sekala time busuk2 pe salahnya kan. baru romantik. haha
Aku rasa banyak2 couple kat situ kiteorang je yg bersusah payah lari macam nak mampos. yg lain nama je pakai sport wears tapi jenjalan sambil makan aiskrim.. apa kes.? tak romantik langsung (tangandidadamatakeatas)
Tengok lah kiteorang lari macam mana. dah macam apa tah. tak senonoh kiteorang kan.?tapi kalau aku lumba lari dengan en.soldier memang aku selalu kalah. yela lelaki lagi hebat lari kan.?kalau aku yg hadoo. dah la badan berat. dulu time slim memang aku selalu menang kalau lumba lari dengan dia.
(tangandidadamatakeatas)
Tapi yg macam seram sikit dekat situ dekat area tempat jogging ada bukit pastu tu hutan tebal. sekali tu aku cakap dekat en.soldier .
Aku: kita jogging dekat sini. takde b*b* hutan ke yang.?karang kalau tengah syok2 jogging tak pasal2 kena sondol plak. (karang satu keja pulak aku nak kena samak.) haha
Dia: mestilah dorang dah pagar atas tu yang. takkan nak pagi binatang tu masuk.
Dah puas lari agak2 macam nak pitam tu kiteorang benti lah kan. karang kalau pitam sapa pulak nak angkat kan.?so kiteorang feeling2 lah macam model. apa lagi snap gambar lah. taman tasik perdana tu memang cantik.. luas pulak tu. siap kat tasik ada angsa or itik putih dok berenang2.
See!! model baju sukan boleh lah kan.?tu pun baju sukan yg tak femes. tapi memang tak rugi lah pegi sini. kalau korang nak ambek gambar kawen dekat sini memang pilihan tepat lah. korang nak berguling2 macam stail hindustan tu pun boleh. memang sangat luas. en.soldier dah berangan nak snap gambar kawen dekat sini. *ciss padahal aku yg berangan. saja petik nama en.soldier. haha
Masa ni dah penat lari so relaks tepi tasik sempat lagi ambek gambar. aku memang muka tak senonohnye sebab dah habis mandi peluh. takkan nak pergi jogging pakai lawa2 kan.?comot2 sudah. yg en.soldier ni seksi sangat pulak. pakai seluar pendek bajet seksi lettew. masa ni dia dah cover2 seluar dia. tahu malu sapa suruh pakai.?haha
Dua hari berturut-turut aku pergi jogging. harap2 turun ler sikit. kalau boleh turun banyak lah. boleh slim melim macam dulu. tapi yg tak boleh blah balik je jogging kaki sakit woo. langsung takleh jalan. dasat tak.?ghasak lah nak kurus punya pasal. haha.
okhabis!bai uollss
0 comments:
Post a Comment