Siapa dah tengok movie Hantu Bonceng.. aku dah tengok dengan en.soldier hari ahad lepas.. hari ni baru nak cerita.. nampak sangat nak basi dah.. hehe
Aku dah selidik secara ringkasnya.. wah ayat macam profesor tak.?yg hado... bagi aku movie tu boleh lah sebab aku rasa macam tak berapa best sangat.. nak cakap lawak pun macam tak lawak sangat.. nak cakap seram tak jugak. boleh lah. macam gitu2 jer.
Zizan pun macam tak berapa lawak sangat pun.. yg lawak kawan dia dalam cerita tu KUNYIT... aku rasa ada part yg aku gelak tak iklas.. boleh tak buat statement macam tu.. hakhakhak!!! keji kan aku.. tapi ada jugak part yg memang lawak giler.
Part nih tak boleh blah. time nih dorang tumpangkan kembar maya iaitu ayu dekat rumah dorang. yg si ayu ni tertidur lepas tu kain terselak sampai paha. zizan pun macam tak keruan. terus kawan dia kunyit tu azan kan dekat telinga zizan. sangat tak boleh blah.
Time nih memang semua bantai gelak. dalam cerita ni jue gf kepada zizan & juga nurse dekat hospital yg selalu zizan check in. zizan panggil jue baby girl & jue panggil zizan ucuk. ada satu part tu jue merajuk. then zizan panggil baby, baby, baby.. sekali jue balas b*b*. terkejut mak naks. haha
Ni lah hantu yg asik kacau zizan. rupanya mayat dia tak disemadikan dengan aman. tu yg dia asik kacau zizan. sebab nak suruh zizan semadi kan. sapa yg tak tengok lagi cerita ni. pergi lah serbu pawagam kalau nak tahu ending cerita ni macam mana.
Kira dalam cerita tu ada graf turun naik. kejap lawak giler lepas tu borink balik.. aku pun tak faham. ke aku yg tak faham cerita. or cerita tu yg tak faham aku.. kompius mak naks. setiap orang ada pendapat sendirik. macam aku cakap tak berapa best bro. tapi member aku kata lawak glier. tapi aku pu pelik tang mana yg lawak giler tu.?(-.-")
Bulan ni ada lagi satu movie nak keluar Raya Tak Jadi johan pulak berlakon. mybe best kot. so nak pergi tengok cerita tu pulaks nanti.. en.soldier cepat mintak cuti. haha
ok habis
bai!
0 comments:
Post a Comment