Saturday, June 25, 2011

kuda jadi tak keruan bila tengok perempuan...pelik tapi benar ollsss

Meh dekat..meh rapat.. wah macam jual ubat pulak.. actually ER nak cerita kejadian pagi tadi.. pagi tadi ER pergi jogging with en soldier.. jogging dekat titiwangsa sebab dekat dengan rumah...tengah syok jogging.. tiba-tiba nampak kuda haruslah ada orang yg tunggang <--- skema ayat... tak kan kuda tu bersiar-siar sendiri pulak kan... ada 3 ekor kuda mybe guard taman tu tengah buat rondaan..


Mula-mula nampak kuda excited nak lalu sebelah kuda tu.. so ajak lah en. soldier tunggu kat tepi jalan .. masa tu  pulak memang ER dengan en. soldier je ada dekat situ.. then dari jauh dah nampak kuda tu.. mula-mula dari jauh kuda tu cool je... sekali dah nak dekat dengan kami tiba-tiba kuda tu hilang kawalan siap pandang ke arah kami pulak tu.. en. soldier ada cakap sebelum kuda nak dekat dengan kuda tu 'kalau awak lalu sebelah kuda tu mesti dia hilang kawalan sebab dia tak boleh nampak perempuan sebab dia kuda jantan'.. ER pun cakap lah iye lah tu..memandai je.. fuhhh sekali betul beb.. kuda tu memang tak keruan.. macam merengek manja... sampai abang-abang yg tunggang kuda tu pun macam tak boleh nak kawal kuda tu..nasib baik tak jatuh dalam tasik.. 3 ekor sekali pulak tu..


Yg ER pun apa lagi terus menyorok belakang en. soldier.. kalau dekat tadi mau kaki kuda tu dah hinggap kat muka ER.. sah kuda tu kuda jantan... memang betul lah apa en soldier cakap.. ni yg tiba-tiba nak jadi fobia dengan kuda pulak.. HAHAHAHAHA



seksi wo kuda ni.. tengok lah rambut dia.. kalah rambut manusia..confirm ni kuda betina

Tapi kalau takut dengan kuda macam mana nak kawin naik kereta kuda nanti ni.. ala-ala cinderella..tapi tak kan nak naik kereta labu kot.. memang tak masuk akal lah kan..




Harap-harap tak jumpa lah kuda tu lagi kalau jogging minggu depan.. masih dalam usaha untuk menurunkan berat badan.. nak badan macam dulu yg slim melim...



sekian,
EchaRahman
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...