echa ONLINE
14 December 2012

Wednesday, May 11, 2011

PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM HAWA!!!


Perhatian kepada semua kaum hawa anda dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berada diluar rumah. sebab sekarang ada kes simbah asid kepada kaum wanita. kebanyakan mangsanya adalah wanita. motifnya masih tidak diketahui.

Dari keratan akhbar metro.

KUALA LUMPUR: Orang ramai terutamanya wanita dan pelajar yang sering berjalan bersendirian di kawasan sunyi seperti kawasan parkir, stesen komuter atau transit aliran ringan (LRT) serta laluan sekitar sekolah, diminta lebih berhati-hati dengan ancaman disimbah asid daripada lelaki misteri.
Sejak Februari hingga 27 Mac lalu, terdapat 18 kes kejadian simbah asid berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan kejadian itu reda seketika namun berulang kembali di Sentul dan Dang Wangi pada Jumaat dan Sabtu lalu. Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan di sini semalam, mendedahkan kebanyakan mangsa di kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik bekerja serta terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields berlaku pada penghujung tahun lalu.

“Suspek dipercayai seorang atau dua lelaki India, modus operandi suspek bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘alkaline-based’ atau ‘oxidizing agent’ ke arah muka atau badan mangsa. “Cecair itu akan memberi kesan radangan kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, dalam kebanyakan kes serangan, suspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau sedang berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke tempat letak kenderaan. Selain itu, lokasi lain yang kerap menjadi sasarannya ialah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah dan pondok menunggu bas.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diminta menyalurkannya kepada pihak polis dan mangsa atau sesiapa yang melihat kejadian dinasihatkan melaporkan kepada polis dengan cara menghubungi talian hotline 03-21159999 dengan segera.

“Ini bagi membolehkan tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini yang menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan orang ramai,” katanya.


Sementara itu, pihak polis turut meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat yang menjadi sasaran kejadian itu.

Harian Metro semalam melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan, menjadikan jumlah keseluruhan kes di sekitar bandar raya mencecah 20 sejak Disember tahun lalu. Tiga kejadian terbaru berlaku di lokasi berasingan antara jam 9 pagi Jumaat lalu dan jam 3 petang kelmarin di Jalan Pudu Lama, tempat letak kereta pusat beli-belah berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan Persiaran Titiwangsa di sini.

Dan yg terbaru mereka berada di kawasan Masjid Jamek.!!!! OMG...dekat dengan area opis ER lah..alamak takutnya..so mulai sekarang kena berhati-hati. Harap-harap kes ni dapat diselesaikan dengan cepat..kepada anda juga berhati-hati. dan jangan berjalan seorang diri...ER sayang anda semua!!!

EchaRahman..

Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...