echa ONLINE
14 December 2012

Wednesday, March 2, 2011

Oh! senggugut



Assalammuailaikum semua,
entri kali ni ER nak berkongsi pengetahuan mengenai senggugut
mesti korunk pon penah kena kan.?tipu lah tu kalau xpenah.
ni antara punca2, simptom dan cara menanganinye.
cuba lah mane tahu berhasil.?


Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘ primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian.
Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.
Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa.
Gadis-gadis yang mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.
Senggugut jenis kedua ialah ‘congestive dysmenorrhea’ yang biasa dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak. Lazimya senggugut yang dialami itu lebih teruk dan lebih panjang waktunya. Senggugut ini disebabkan oleh penyakit dan ketumbuhan dalam alat peranakan. Diantara penyakit ini termasuklah ketumbuhan dalam rahim seperti ‘endometriosis’, ‘adenomyosis’, ‘fibroids’ dan jangkitan kuman pada perkakas peranakan. Wanita yang mengalami masalah ini perlu bertemu doktor Pakar Sakitpuan. Kebanyakan daripada mereka menghadapi masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk.

SIMPTOM SIMPTOM 
  • Perut kembong
  • Kejang perut
  • Payu dara bengkak atau sensitif
  • ketegangan atau bimbang (anxiety)
  • Masaalah tidur (insomnia)
  • Sakit sendi atau otot
  • Pening kepala
  • Lesu
  • Jerawat
  • Hayunan perasaan (Mood swings)
  • Peningkatan masaalah kulit sediaada, dan pernafasan (contoh, alahan, jangkitan) atau masaalah mata (gangguan bulbar, conjunctivitis)


PETUA KURANGKAN SENGGUGUT
Sebahagian wanita mengalami kesakitan sengugut ketika datang bulan. Untuk mengatasi masalah ini, cubalah mana-mana petua di bawah ini:

Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.

Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.

Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

oklah selamat mencuba!
echarahman,





Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...