Sangat lah free kan.?tak rasa pown diri ni free.. sebab masih bawah kawalan mama & papa..
Jutaan terima kasih saya ingin ucapkan kepada semua yg telah wish besday saya last week.. terima kasih jugak kerana telah mendoakan kesejahteraan keatas diri saya..semoga Allah merahmati anda semua (wah dah macam ucapan Perdana Menteri tau)
Kalau cakap pasal besday je.. mesti fikir hadiah... ok jangan nak mimpi lah dapat hadiah tinggi gunung.. macam zaman kecik-kecik dulu.. tapi aku tak kisah sangat sebab kalau korang wish pun tu dah kira hadiah untuk aku.. tapi aku dapat rasa apa yg aku nak rasa time besday aku semua aku dah dapat.. malam besday aku tu aku ada mintak dekat en.soldier suruh dia bagi aku hadiah besday durian sebab aku dah lama tak makan durian..tapi dia tak belikan pun.. lagipun aku memang tak confident dia beli sebab takut dia xpandai pilih.. sebab dia mesti tahu makan je kan...
Tapi pelik bin ajaib esok paginya aku bangun nak siap-siap pergi kerja aku dah terbau durian.. memang menusuk betul lah baunya.. aku pun buat bodoh je lah.. sekali tu dah siap-siap nak keluar rumah bukak je pintu hambek kau durian satu beg plastik besar tooo diaaaaa!!!! ceh dalam hati ingatkan en.soldier buat suprise.. sebab malam tu kami ada gaduh manja kejap.. ganas tak dia pujuk aku sekali bagi durian da!!!
Tapi sangkaan aku meleset <----wah ayat macam peperiksaan spm... korang nak tahu mana durian tu datang.. tunggu lah sambungan entry seterusnya nanti aku bagitahu.. boleh pulak macam tu.. ok aku cite sebelum korang bakor aku karang... durian tu my bro yg bawak balik sebab pakcik sedara aku bagi dekat dia.. tapi dia macam tahu-tahu je aku memang teringin bebenor nak makan doroyan.. ok secara tak sengaja mybro telah bagi aku hadiah..
Then aku teringin nak makan buah rambutan pulak.. memang tak payah cakap banyak lah.. dalam minggu tu jugak aku dapat makan.. sampai-sampai je opis akak opis aku bawak rambutan dari dusun dekat kampung dia.. tooo diaa!!! dapat lagi rasa... memang dah rezeki aku kot..
Lepas tu ada akak opis aku dia buat suprise untuk aku.. dia belikan aku kek.. aku pun tak sangka.. sebab dia cakap dia nak turun pergi bank je.. aku pun malas nak ikut.. tengok-tengok dia naik opis balik dia bawak kek.. memang tak sangka.. thanx kak dian!! nak cakap dapat hadiah tak de lah sangat.. tapi dapat satu hadiah dari budak opis aku.. tak sangka jugak dia bagi hadiah.. yelah budak lelaki mana lah tahu nak bagi hadiah.. tapi tak de lah hadiah mahal.. hadiah biasa je..
Tahun ni en.soldier tak de buat suprise sangat untuk aku.. macam tahun lepas malam besday aku dia ajak pergi i-city jalan-jalan je katanya.. pergi dengan member-member dia.. tapi sampai-sampai je dia siap belikan kek dengan coklat untuk aku... so terkezut lah mak noks.. sebab masa tu tak terfikir pun dia nak buat kejutan..
ni gambar tahun lepas.. tu yg en.soldier botak sebab dia baru habis kursus
potong jangan tak potong!!!
thank korang sebab tolong sambut besday aku tahun lepas
masa ni 1st time aku hang out dengan korang kot.
oklah sekali lagi aku nak ucapan thanx sesangat kepada yg telah wish, buat kejutan & yg bagi hadiah.. semoga anda dirahmati Allah... ni yg ER sayang korunk ni..!!!
kbai,
EchaRahman
0 comments:
Post a Comment