Wednesday, July 6, 2011

jadi kaunselor rumah tangga kejap

ER nak cerita kes semalam... tak pasal-pasal kena jadi konselor rumah tangga.. kena dengar luahan hati seorang 'makcik' ni..  nak tahu tak apa yg 'makcik' tu luahkan.. cercite!!!


Semalam after lunch ER buat lah kerja macam biasa.. tiba-tiba telefon berbunyi.. so pick up je lah macam biasa sebab maybe orang bank call nak tanya pasal wasiat customer kot.. memang orang ditalian tu nak tanya wasiat dah daftar ke.? dan apa isi kandungan.. so tanpa curiga ER pun mintak lah no ic..


ER: bagi no ic.. saya nak check dulu..
Makcik: (makcik tu pun bagi lah no ic) ingatkan no ic dia.. sekali laki dia punya da..
Makcik: harta suami makcik dia bagi dekat siapa yer.?
ER: wasiat ni just basic.. suami puan tak declare lagi harta dia.. atau erti kata lain.. dia tak nyatakan nak bagi dekat sapa lagi..
Makcik: makcik jumpa wallet dia .. makcik check lah tu yg jumpa kad dari kompeni ni.. tu yg makcik call kau.
Makcik: makcik bukan apa.. laki makcik ni dah tua.. bulan depan nk masuk 60tahun dah.. (memang betul pun sebab aku sempat tengok dalam sistem tu birthday pakcik tu bulan depan..wah sempat ni).. kau tahu je lah orang tua ni kadang-kadang gatal..
ER: yelah..(tu je lah mampu aku cakap) padahal dah terkejut dengar makcik ni cakap macam tu. dan terus mendengar luahan makcik tadi..
Makcik: makcik terus terang je ni.. tak de nak selindung dengan kau.. sekarang ni laki makcik tengah menggatal dengan minah indon.. (wah lagi terkejut aku dengar).. laki makcik tak de dalam malaysia sekarang.. dia pergi melancong.. (dalam hati aku.. eh makcik ni cool je laki dia pegi melancong)..
Makcik: macam mana dia boleh ada wasiat ni.?
ER: mybe pakcik ada buat loan kat bank.. tu yg automatik dia ada wasiat sekali.. sebab sekali package kalau dia buat loan.. mybe pakcik ada buat loan beli rumah or kereta ke.?
Makcik: ooo yelah..makcik pernah dengar dia ada buat loan peribadi.. tu pun dia tak bagitahu makcik.. makcik dengar-dengar je..
Makcik: kita boleh tahu tak dia bagi harta dia kat sapa.?
ER: tak boleh sebab sekarang pakcik tak buat pindaan lagi.. menyatakan yg dia bagi kat sapa..
Makcik: pakcik tu bukan ada harta pun..(wah direct je makcik ni bagitahu) cuma makcik takut anak-anak yg susah kena tanggung pinjaman yg dia buat tu..
ER: yelah..betul tu..(tak tahu nak cakap apa..kalau cakap banyak tak pasal-pasal aku yg kena marah)
Makcik: ni mesti orang bank yg paksa pakcik buat loan.
ER: aku diam je.. sebab tak tahu nak salahkan sapa dalam ini kes..
Makcik: tak apa lah makcik nak call bank tanya.. makcik menganggu kau je..
ER: eh tak adalah dah memang kerja saya.


Makcik tu pun bagi salam & terus letak.. aku rasa dia puas kot dapat luahkan dekat aku... Tapi kesian aku tengok dia.. sebab laki dia buat macam tu.. tapi tabik spring lah makcik ni sebab berjiwa kental.. sebab dia still boleh cool lagi & dia tetap ambil berat pasal laki dia.. walaupun laki dia dah buat dia macam tu.. aku nak bagi nasihat pun aku belum kawin lagi.. tak pasal-pasal kena marah pulak dengan makcik ni karang..


Anyway ni pengalaman pertama dapat customer macam ni.. sebelum ni tak pernah pulak dapat call macam ni.. so kepada pakcik ni jangan lah menggatal sakan.. anda tu dah tua.. tak lama je lagi.. ni siap pegi melancong bagai.. sah pegi indon lah tu....hakhakhak....


kbai,

EchaRahman
Thank's Darling's!!jangan lupa comment ok!

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...