Hai semua!!!!
Bertemu lagi bersama cik ER dalam rancangan rahsia is secret..kali ni cik ER nak share rahsia lelaki bila dia betul2 sayang pada seseorang perempuan..sebenarnya cik ER pun nak tahu jugak. Yelah bukan senang kita nak tengok another site yg sangat sweet yg ada pada lelaki ni..
Antara tanda-tanda bila lelaki betul-betul sayang seseorang perempuan:-
- Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana paksa.
- Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya.
- Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
- Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya.
- Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak memberi sepenuh perhatian kepadanya.
- Dia suka merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
- Dia akan merasa sengsara apabila berjauhan dengan kekasihnya terlalu lama.
- Dia menjadi orang yg paling rajin dan sanggup melakukan apa saja untuk kekasihnya.
- Dia selalu memastikan keselamatan kekasihnya.
- Dia akan lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
- Dia kerap bertanya apakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa cintanya lebih kuat daripada kekasihnya.
- Dia cuba meluangkan lebih banyak waktu untuk kekasihnya.
- Jika dia ditinggalkan oleh kekasihnya, dia akan merasa sangat sedih dan tidak akan percaya lagi dengan cinta wanita lain. Namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali padanya.
- Apabila ada orang ketiga, dia akan kehilangan akal sihatnya dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
- Dia menganggap kekasihnya sebagai orang paling dipercayai dan sanggup menyerahkan harta mahupun nyawanya sendiri.
- Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya. Namun jikalau dia berbuat demikian itu bermakna hatinya belum 100% mencintai kekasihnya.
- Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang wanita.
Rupa-rupanya banyak rahsia lelaki yg kita tak tahu kan.?so kepada anda yg mempunyai boypren2..jangan sesekali mempermainkan perasan lelaki kerana kadang2 hati mereka boleh menjadi lembut & boleh menjadi tersangatlah sweet uollsss...HHUHHUHU...
oklah sampai disini saje lah segmen rahsia is secret bersama cik ER..jumpa uolls next episod ok.!
p/s: diatas hanya lah untuk dikongsi semata2..tiada kena mengena dengan mana2 lelaki..
*EchaRahman
oklah sampai disini saje lah segmen rahsia is secret bersama cik ER..jumpa uolls next episod ok.!
p/s: diatas hanya lah untuk dikongsi semata2..tiada kena mengena dengan mana2 lelaki..
*EchaRahman
3 comments:
best entry..
hehehe..
suka.. suka... suka..
sy bangkang....
sbb point second last tu x munasabah..
hahahahaha
klu cari pompan len adalah untuk teman kekasih pertama..hahaha
@zulhilmi.tempoyak yela tu.. dan2 je tk setuju..hahah.. neway saye suke mkn tempoyak..hehe..:p
Post a Comment